Friday 14 October 2011

Rancangan Tahunan Muzik Tahun 1

Rancangan Tahunan Muzik Selangor 2011

Thursday 13 October 2011

Pengetahuan Asas Dalam Muzik

Sebagai seorang guru pendidikan muzik perlu mempunyai pengetahuan asas dalam muzik.  Di sini, saya ingin berkongsi pengetahuan asas dalam muzik. Muzik ialah satu cabang seni dan juga sains yang menggabungkan bunyi-bunyi vokal dan atau instrumental termasuk bunyi-bunyi semula jadi dari persekitaran atau rekaan dengan satu cara yang dianggap memuaskan mengikut estetika, corak pemikiran, dan emosi manusia yang juga boleh mencerminkan sesuatu budaya tertentu.



Wednesday 12 October 2011

Lagu KSSR Tahun 1 - Nenek Si Bongkok Tiga

Lagu KSSR Tahun 1 - Jom mengira Malaysia

Lagu KSSR Tahun 1 - Siapa Gurau Senda

Lagu KSSR Tahun 1 - Mari Menyanyi

Lagu KSSR Tahun 1 - Jantungku

Lagu KSSR Tahun 1 - Suka Hati

Lagu KSSR Tahun 1 - Selamat Pagi

Lagu KSSR Tahun 1 - Gajah Menari

KOLEKSI LAGU - DUNIA MUZIK TAHUN 1

KOLEKSI LAGU KSSR -DUNIA MUZIK TAHUN 1




CD 1 - Vokal & Instrumental

  1. Selamat Pagi (Vokal) 
  2. Selamat Pagi (Instrumental) 
  3. Mari Menyanyi (Vokal) 
  4. Mari Menyanyi (Instrumental) 
  5. Suka Hati (Vokal) 
  6. Suka Hati (Instrumental) 
  7. Siapa Gurau Senda (Vokal) 
  8. Adaptasi dari lagu Mexican Dance
  9. Siapa Gurau Senda (Instrumental) 
  10. Adaptasi dari lagu Mexican Dance
  11. Jenis Suara (Vokal) 
  12. Jenis Suara (Instrumental) 
  13. Gajah Menari (Vokal) 
  14. Gajah Menari (Instrumental) 
  15. Jantungku (Vokal) 
  16. Jantungku (Instrumental) 
  17. I'm Tall, I'm Small (Vokal) 
  18. I'm Tall, I'm Small (Instrumental) 
  19. Nenek Si Bongkok Tiga (Vokal) 
  20. Nenek Si Bongkok Tiga (Instrumental) 
  21. Suasana Pagi (Vokal) 
  22. Suasana Pagi (Instrumental) 
  23. Hong Cai Mei Mei (Vokal) 
  24. Hong Cai Mei Mei (Instrumental) 
  25. Jom Mengira (Vokal) 
  26. Jom Mengira (Instrumental) 
  27. Ikut Rentak (Vokal) 
  28. Ikut Rentak (Instrumental) 
  29. Sang Rimba dan Kucing (Vokal) 
  30. Sang Rimba dan Kucing (Instrumental) 
  31. Suara Kita (Vokal) 
  32. Suara Kita (Instrumental) 




CD 2 - Pendengaran & Pentaksiran


  1. Tanggal 31 (tempo cepat) 
  2. Pahlawanku (tempo lambat) 
  3. Audio pic rendah dan tinggi 
  4. Malaysia Baru (tempo cepat)
  5. Ilham Pujangga (tempo lambat) 
  6. Joget Malaysia (duet lelaki dan perempuan) 
  7. Audio Dinamik Lembut dan Kuat 
  8. Audio lagu untuk gerakan (mud riang) 
  9. Audio tempo cepat dan lambat 
  10. Audio mud takut 
  11. Audio mud marah 
  12. Audio warna ton suara 
  13. Wawasan 2020 
  14. Makan Sireh (mud sedih) 
  15. Audio tekstur nipis 
  16. Audio tekstur tebal 
  17. Audio solfa mi dan so 
  18. Ibu (tekstur nipis) 
  19. Keranamu Malaysia (tekstur tebal) 
  20. Selamat Pagi (Unit 1 - detik) 
  21. Audio pic tinggi dan rendah (Unit 2) 
  22. Siapa Belum Siap (Unit 4) 
  23. Audio dinamik kuat dan lembut (Unit 5) 
  24. Audio mud riang - instrumental Suka Hati (Unit 7) 
  25. Audio mud sedih - instrumental Suka Hati (Unit 7) 
  26. Audio tekstur tebal dan nipis 

Tuesday 11 October 2011

KSSR - Dunia Muzik Tahun 1

Standard Prestasi Dunia Muzik Kssr Tahun 1


Sunday 9 October 2011

Sejarah Muzik Melayu Tradisional


Asal-usul alat-alat muzik tradisional adalah masih lagi dalam kesamaran lantaran tiada bukti yang kukuh mengenai kewujudannya. Walau bagaimanapun, secara amnya muzik tradisional kita dipercayai bermula dari masyarakat primitif yang mengamalkan kepercayaan animisma. Mereka menggunakan tarian (pergerakkan) dan bunyi-bunyian (muzik) dalam upacara penyembahan terhadap kuasa-kuasa ghaib. Pada mulanya muzik dihasilkan dengan suara, tepukan tangan, hentakan kaki dan ketukan kayu. Lama-kelamaan alat-alat seperti seruling mula dicipta akibat dari dorongan akal dan hasrat batin mereka untuk memeriahkan lagi upacara sembahyang mengikut kepercayaan animisma yang dianuti. Pengaruh animisma begitu dominan sekali dan penting sebagai "perlude" dalam setiap persembahan Wayang Kulit dan Mak Yong di Kelantan pada satu ketika dahulu. Namun setelah kedatangan agama Islam maka disiplin teater berkenaan telah menjadi lebih murni dan bermoral. Unsur-unsur yang disifatkan bertentangan dengan nilai-nilai agama Islam telah mula terhakis dan segala "jampi serapah" telah digantikan dengan "doa-doa" pendek.

Sejarah muzik Melayu juga harus dilihat dari sudut dunia Melayu lama yang merangkumi Malaysia, Indonesia, sebahagian negeri Thai, Kampuchea dan Filipina. Terdapat banyak persamaan dari segi alat dan struktur muzik yang digunakan. Walaupun telah dipengaruhi oleh unsur-unsur muzik asing misalnya muzik dari Timur Tengah, Hindu, Indonesia dan Thai, bentuk dan jenis muzik Melayu berjaya mewujudkan identitinya yang tersendiri. Berdasarkan tinjauan yang telah dibuat telah membuktikan bahawa alat-alat dari jenis "knobed gong" dan "mouth organ" seperti "Sompoton" dan "Engkerurai" yang terdapat di Sabah dan Sarawak adalah bermula dari kawasan Asia Tenggara dan tidak pernah menerima pengaruh dari luar.
Pendek kata kebanyakan alat muzik Melayu, kecuali alat-alat gamelan dan angklung adalah berasal dari Timur Tengah dan India serta dibawa ke dunia Melayu melalui agama Hindu dan Islam. Rebab, gendang, rebana, tar dan serunai menyokong pendapat ini. Hanya gong sahaja berasal dari Asia. Lama-kelamaan alat-alat ini telah diserapkan ke dalam negara masing-masing dan membentuk ciri-ciri yang tersendiri tanpa kehilangan identiti asal mereka dan telah digabungkan dengan alat-alat muzik lain untuk menghasilkan muzik Melayu